Archive for the ‘Rahsia Sabun Taharah’ Category

Sabun Taharah : SEBAGAI SABUN SERBAGUNA

Wednesday, December 26th, 2007

Sabun tanah liat “TAHARAH” boleh juga berfungsi sebagai pembersih sayur-sayuran. Rendaman sayur-sayuran yang hendak di masak ke dalam air “TAHARAH” dapat membunuh kuman yang masih terdapat di dalam sayur-sayuran serta sisa-sisa daripada racun serangga perosak yang telah digunakan.

Kaedah : Rendam sayuran dengan air “TAHARAH” kemudian baru dibilas dengan air sebelum dimasak.


Sabun “TAHARAH” ini juga boleh digunakan untuk mencuci barang kemas, menghilangkan tanda kotoran pada baju seperti darah, karat besi dan sebagainya.

 

CIRI-CIRI / KELEBIHAN PRODUK  

Merupakan satu-satunya sabun tanah liat di Malaysia dan dunia yang boleh digunakan untuk tujuan bersamak/sertu. Khasiat tanah liat yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti tujuan kecantikan dan kesihatan kulit. Harga runcit yang ditawarkan adalah murah dan mampu dibeli oleh semua peringkat pendapatan.
Kualiti yang terpelihara menjamin sabun supaya kegunaan lebih tahan lama. Tiada mempunyai kesan sampingan kerana tiada campuran bahan kimia. Bahan mentah adalah buatan tempatan dan mudah diperolehi serta bermutu. Campuran bahan-bahan adalah halal dan dijamin melalui kaedah pembuatan yang bersih.

 

Sambungan: Petua menjaga rambut

Wednesday, December 26th, 2007

Mengelakkan rambut gugur
a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.
Menghilangkan kelemumur
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!

Petua Kecantikan Semulajadi @ Tradisional

Wednesday, December 26th, 2007

Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya. 1.Petua menjaga muka
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
Menegangkan kulit muka
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.
Menghilangkan jerawat
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

Rahsia tanah liat

Sunday, July 15th, 2007

Assalamualaikum,

Adakah kita yakin dalam kehidupan kita sehari-hari, kita terselamat dari najis mughallazah seperti menolak troli di pasaraya, sentuh gelas di warung dan berbagai aktiviti lagi, tanpa disedari mungkin kita tersentuh najis mugallazah yang disentuh oleh non-muslim. Walaupun Feqah memaafkan perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, tetapi bagaimana dengan kualiti ibadah kita sekiranya ia berterusan.

Oleh itu Sabun Taharah yang dicipta untuk kegunaan umat Islam merupakan satu-satunya pilihan yang dapat memudahkan tujuan tersebut di atas. Sabun Taharah adalah halal dan diperbuat daripada 95% tanah liat taharah dan diadun dengan lelemak kelapa sawit, glyserin dan pewangi tanpa alkohol. Ianya bukan sahaja sesuai untuk penyamakan tetapi juga amat sesuai digunakan sebagai sabun mandian seisi keluarga. Malah Sabun Samak Taharah bertindak sebagai produk penjagaan kulit kerana kandungan phnya iaitu 5.5-7pH amat bersesuaian dengan kulit manusia. Ia juga bertindak sebagai produk kecantikan 6 dalam satu.

Antara kebaikan sabun tanah liat ini ialah:

Kegunaan untuk bersamak.

Mengandungi Vitamin A, C dan E.

Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita

Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelambapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri.

Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit.

Menghilangkan bau badan dan kotoran.

Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki.

Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang berpanjangan.

Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.

Sabun ini juga boleh digunakan oleh yang bukan Islam terutama bagi pencinta alam semulajadi kerana ia tidak mengandungi bahan kimia atau pun lemak haiwan. Sabun Taharah juga adalah halal dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Terengganu serta Persatuan Pengguna Muslim Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kandungan 95% tanah liat disahkan memadai dan sesuai untuk tujuan bersamak.

Jumpa Lagi.

Kak Nor.

http://sabuntaharah.com